Sunday, 25 January 2015

SIMPTOM DAN PANTANG LARANG GOUT.

GOUT
Dalam banyak-banyak sakit, sakit apa yang paling sakit?
Gout. Gout dikenali sebagai sejenis penyakit arthritis yang paling menyakitkan. Ia disebabkan oleh kristal (dari asid urik) yang berbentuk jarum terbentuk dan berkumpul di antara sendi-sendi.
Apa itu gout?
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing.
Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia., sejak zaman dahulu kala lagi.
Pada masa dahulu, gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
Orang yang berisiko tinggi
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Dan mereka yang mengamalkan makanan yang tinggi protein.
Tanda-tanda gout
1- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
2- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
3- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit juga mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
4- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Kenapa gout ini sangat sakit dan tak boleh diurut?
Sebab asid urik ini tajam. Kalau diurut, akan bertambah sakit. Dan asid ini juga bersifat menghakis, kalau dibiarkan lama, boleh terbentuk jadi kristal yang tajam.
Komplikasi/kesan
1- Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan yang dipanggil ‘tophi’
2- Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ‘batu karang’.
3- Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan kencing manis.
Rawatan biasa
– Ubat-ubatan anti radang (tahan sakit) berkesan untuk mengurangkan sakit,dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut (gastrik), ada sesetengah ubat tahan sakit mengakibatkan loya, muntah dan cirit-birit.
– Steroid
Peringatan: steroid hanya boleh diambil melalui nasihati doktor)
Lazimnya, cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang atau bengkak.
Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan. Akibatnya, kegagalan buah pinggang mungkin terjadi.
Bagi mereka yang mengidap gout, cuba elakkan atau kurangkan makan makanan yang kaya dengan purin seperti:
– Organ dalaman seperti hati, paru, jantung dan limpa.
– Ikan bilis, ikan masin, ikan kembung dan ikan yang berbisa atau bersengat.
– Daging cincang
– Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
– Makanan laut dan bercengkerang seperti ketam, udang, sotong dan kerang
– Asparagus, bunga kobis, cendawan, brokoli dan bayam.
– Kekacang seperti kacang tanah, lentil, kacang soya, dal, kacang panjang dan kacang buncis.
– Poultry (daging ayam yang telah diproses)
– Roti jagung dan bijirin.
– Makanan bercuka seperti sardine, kicap dan sayur jeruk
– Buah-buahan seperti jagung, limau, mangga dan semua jenis jeruk.
Adakah penyakit ini boleh dirawat?
Ya insyaAllah. Dengan pengambilan konsisten RHIZOPLUS AZZAHRA SEHARI HANYA SEBIJI akan dapat membantu mengeluarkan asid urik yang berlebihan dalam saluran darah. RHIZOPLUS AZZAHRA juga mambantu menyelaraskan sistem saraf tak terkawal yang mana ia akan membantu buah pinggang memproses lalu mempercepatkan proses pembuangan asid urik dari badan melalui perkumuhan. Manakala fungsi ketiga RHIZOPLUS AZZAHRA adalah meningkatkan kadar metabolisma dengan membantu sistem percernaan kita mencernakan purin bagi tujuan yang baik.
TEMPAHAN RHIZOPLUS AZZAHRA SILA SMS “RA” ke 0135147195/0136303136
..tempahan segera sebelum kehabisan.

No comments:

Post a Comment